TENTANG KAMI
Iltizam Premium & Gift telah beroperasi sejak tahun 2018. Pada awal operasi, kami dikenali dengan nama Percetakan Iltizam dan produk utama kami ketika itu adalah kad kahwin. Pada tahun 2019, kami menambahkan produk doorgift atau goodies untuk terus berdaya saing.
Selepas PKP pada tahun 2021, kami hanya fokus kepada doorgift sahaja dan tidak meneruskan perniagaan kad kahwin. Oleh kerana itu, kami telah membuat penjenamaan dari Percetakan Iltizam kepada Iltizam Premium & Gift atau lebih dikenali dengan Iltizam Gift. Selama tempoh kami beroperasi, lebih dari 3000 pasangan pengantin telah menjadi pelanggan kami. Alhamdulillah.
Kini kami sedang giat menambah produk-produk yang berkaitan doorgift yang lebih terbuka kepada setiap golongan pelanggan. Kami akan terus menambah pilihan doorgift kami dari semasa ke semasa dari doorgift bajet serendah RM 1 hinggalah doorgift VVIP.
